Perdu,Mal et Seule..Agmal a’ouyoun filkone ana shiftaha!

Tuesday, January 11, 2005

Pelabuhan

Pelabuhan

Musim ini aku mula sedar
Pelabuhan ini sebenarnya terlalu matang buatmu
Kapalmu singgah sebentar
Layarmu pulih
Nakhodamu senyum kekenyangan
Anak kapalmu gembira kapal boleh berjalan
Tiada apa mau kau punggah
Kali ini
Aku sekadar tempat perhentian
Kerana kau mesti berhenti dan bernafas
Sebelum bersambung perjalananmu
ke pelabuhan seterusnya...
Aku berdiri lagi, masih aku berdiri
Ku lihat kapal seterusnya menuju ke mari



Posted by Li Sa Tristesse :: 1:13 AM :: 0 Comments:

Post / Read Comments

♫♥♫♥♫♥♫♥♫