Perdu,Mal et Seule..Agmal a’ouyoun filkone ana shiftaha!

Sunday, March 02, 2003

Rasa dan Perasaan

Rasa dan Perasaan

Rasa kesunyian
sepi sang lautan
walaupun ia mewah
sebahagian besar dunia adalah ia

Rasa kesuraman
sepi sang gunung
walaupun ia gagah
simbol perkasa di bumi Allah

Rasa kebahagiaan
milik sang manusia
hilangkah sudah?

Atau akan kekalkah ia?

Masih adakah asyik rindu dan cinta
buat kekasih yang sebenar-benarnya
Kesenangan sebenar perlu kau fikir
Ia bukan setakat senyuman di tebing bibir!

Posted by Li Sa Tristesse :: 5:06 PM :: 2 Comments:

Post / Read Comments

♫♥♫♥♫♥♫♥♫